Bisikkan Hati

Malam ini aku tak dapat tidur..aku pun tak tahu kenapa mungkin juga aku terlalu letih berkerja seharian.Aku pun membuka laptop aku dan aku cuba bingkiskan apa yang tersirat dikepalaku ketika ini..Ku termenung sejenak memikirkan apa yang akan ku coretkan dalam blogku ini.Aku juga online dengan member melalui fb ku.Aku menulis sambil mendengar lagu-lagu lam kegemaranku.Aku suka dengar lagu irama 80an dan 90an yang begitu merdu di dengar.

Aku merenung wajah anakku yang tidur disampingku yang begitu comel sekali.Aku teringatkan arwah ayahandaku dulu yang selalu berada disampingku ketika aku tidur.Arwah ayah selalu mendodoikan aku menyanyikan lagu lama.kini dah 5 tahun arwah meninggal aku dan adek perempuanku.Kami kini masing-masing dah berkeluarga ,kami dah jadi anak yatim piatu...sedih rasanya hati....selang 3 tahun bondaku pula pergi .walaupun mereka ini cuma keluarga angkatku tapi dah ku anggap mereka sebagai keluargaku sendiri sebabnya dari kecil aku dah dijaga oleh mereka kerana mereka tak punya anak.Kini cuma yang tinngal ialah ibu kandungku yang dah lanjut usianya....syukurlah aku dapat membesar bersama mereka ini.Terimakasih ibu-ibuku....

kasih ibu
kasih ayah
aku bawa bersama kenagan kalian
meredah liku-liku kehidupanku yang masih jauh
bersama keluargaku
aku seperti kalian
membesarkan anak-anaku
membawa mereka ke gerbang kejayaan
akan aku redah perjalanan ini
walau sejuta rintangan yang melanda
akan ku susur lurah-lurah duri kehidupan
agar dapat ku gapai kejayaan dan kebahagian
yang amat ternilai harganya....

cinta dan kasih ku
hanya pada illahi
dan keluarga,anak-anaku dan isteriku
merekalah segalanya bagiku
dunia dan akhirat..



maaf ya..paparan ini tak sebaik mana aku cuma nak melepas apa yang ada di kepala ku ini je..

jumpa lagi,,,,......

Comments

Popular posts from this blog

pantai kampung kuala nyalau bintulu