Bisikkan Hati
Malam ini aku tak dapat tidur..aku pun tak tahu kenapa mungkin juga aku terlalu letih berkerja seharian.Aku pun membuka laptop aku dan aku cuba bingkiskan apa yang tersirat dikepalaku ketika ini..Ku termenung sejenak memikirkan apa yang akan ku coretkan dalam blogku ini.Aku juga online dengan member melalui fb ku.Aku menulis sambil mendengar lagu-lagu lam kegemaranku.Aku suka dengar lagu irama 80an dan 90an yang begitu merdu di dengar. Aku merenung wajah anakku yang tidur disampingku yang begitu comel sekali.Aku teringatkan arwah ayahandaku dulu yang selalu berada disampingku ketika aku tidur.Arwah ayah selalu mendodoikan aku menyanyikan lagu lama.kini dah 5 tahun arwah meninggal aku dan adek perempuanku.Kami kini masing-masing dah berkeluarga ,kami dah jadi anak yatim piatu...sedih rasanya hati....selang 3 tahun bondaku pula pergi .walaupun mereka ini cuma keluarga angkatku tapi dah ku anggap mereka sebagai keluargaku sendiri sebabnya dari kecil aku dah dijaga oleh mereka kerana me...